“Light makes photography. Embrace
light. Admire it. Love it. But above all, KNOW light. Know it for all you are
worth, and you will know the key to photography.” Founder of Kodak, George
Eastman
SUMBER CAHAYA
Cahaya
merupakan elemen asas bagi merakam sesuatu imej. Terdapat dua sumber utama
pencahayaan bagi fotografi, iaitu cahaya yang diperoleh secara semula jadi dan
juga cahaya buatan. Cahaya yang diperoleh secara semula jadi adalah seperti
cahaya matahari, cahaya bulan dan cahaya kilat. Manakala cahaya buatan adalah
seperti cahaya yang dihasilkan oleh lampu di studio penggambaran dan lampu
flash oleh kamera.
KESAN
PENCAHAYAAN
Penggunaan
cahaya dalam dunia fotografi dapat memberikan kesan seperti berikut:
1)
Menonjolkan objek yang penting.
2)
Memberikan bentuk dan tekstur kepada imej.
3)
Memberikan mood yang tersirat agar sesuatu mesej dapat disampaikan melalui
imej.
TEKNIK
PENCAHAYAAN: Low-key dan High-key
Dua teknik pencahayaan yang
berhubungan dengan kontras, ialah high-key dan low-key. Kedua-dua teknik ini
akan mempengaruhi mood yang dihasilkan. Imej yang dihasilkan dengan teknik
pencahayaan high-key menyampaikan keceriaan, sementara penggunaan teknik
low-key membuatkan imej lebih damatis.
Selain mood yang ceria, imej dengan
teknik high-key juga adalah kurang kontra, berwarna terang, kecerahan (exposure)
merata di seluruh foto serta kurang bahagian yang gelap. Bayangan yang
dimunculkan oleh objek akan dihilangkan menerusi pencahayaan di lokasi
penggambaran. Untuk menghasilkan foto high-key, EV (Exposure Value atau
Exposure Compensation) perlu diatur ke angka yang tinggi. Hal berikutnya yang
pasti pada foto high-key adalah kurangnya kontras. Kecerahan pada foto turut
dihasilkan secara hati-hati dengan mengatur pencahayaan (atau editing pada post-process).
Rajah 1: High-key Portrait
|
Berbeza dengan foto high-key, foto low-key
pula mempunyai warna yang lebih gelap, dan ton warna yang dominan, biasanya
hitam. Selain itu, terdapat banyak banyak bahagian yang gelap dalam foto low-key.
Garis-garis kontur pula akan ditonjolkan dengan menggunakan highlight serta
banyak menampilkan kontras. Yang paling jelas adalah rim light, yaitu cahaya
yang mengelilingi objek dan menerangi hanya lekukan pada tepi objek. Sehingga
kontrasnya muncul antara bentuk yang gelap dengan kontur yang terang.
Rajah 2: Low-key Portrait
|
Secara kesimpulannya, foto high-key
sangat kaya dengan warna putih tetapi amat sedikit sekali menampakkan details
pada foto. Sebaliknya, foto low-key hampir keseluruhnya hitam dan menonjolkan
details lekukan yang lebih banyak daripada subjek. Dua teknik pencahayaan kebiasaanya
digunakan pada portrait hitam dan putih. High-key sesuai untuk foto-foto yang feminin,
lembut, ceria, segar. Manakala low-key akan memberi kesan yang keras, dalam,
murung, kuat, tegas, dan sewaktu dengannya.
JENIS-JENIS
CAHAYA
Terdapat dua jenis cahaya, iaitu
cahaya keras (hard light) dan cahaya lembut (soft light). Hard light terhasil
apabila sumber cahaya adalah lebih kecil secara relatif berbanding subjek.
Manakala soft light adalah sebaliknya. Contoh imej yang ditangkap menggunakan
hard light dan soft light adalah seperti berikut:
Hard Light
adalah jenis cahaya matahari ketika cuaca cerah. Terang, tajam, dan
menghasilkan bayangan yang jelas. Jika digunakan untuk merakam gambar pada
tengah hari, hasilnya tidak akan optimum. Hard light terbaik muncul pada awal
pagi atau lewat petang. Yakni, sesaat selepas matahari terbit atau sesaat
sebelum terbenam (dikenali juga sebagai golden hour). Oleh kerana matahari tidak
tepat berada di atas objek, maka bayangan, tekstur, dan warna yang
dihasilkannya lebih lembut dan berkarakter. Namun, hard light yang tajam pada
siang hari dapat membantu menimbulkan kontra pada warna-warna yang cerah.
Soft Light
adalah cahaya yang boleh kita peroleh dalam bayangan atau ketika cuaca mendung.
Kontra yang rendah oleh soft light dapat membangkitkan mood pada potret,
foto-foto monochrome, juga nuansa dingin pada tempat-tempat dengan banyak
pohon. Hindari merakam gambar pemandangan langit sebagai latar belakang ketika
hari mendung kerana ia akan menghasilkan imej yang tampak putih, melainkan anda
memang berhajat untuk mendapatkan hasil yang sedemikian.
Hard light
|
Soft light
|
SHUTTER
SPEED
Shutter
speed adalah masa yang diperlukan oleh shutter untuk terus terbuka dan
membenarkan cahaya masuk ke dalam kamera selepas butang shutter ditekan dalam
pecahan masa satu saat. Shutter speed menentukan masa exposure dan dikawal oleh
satu mekanisme, dipanggil curtain yang terletak di hadapan sensor. Sebagai
contoh, nilai shutter speed pada 1/30 bermaksud shutter kekal terbuka selama
1/30 saat atau 0.03 saat. Bagi kepantasan yang semakin bertambah selepas 1
saat, terdapat tanda (“) bersebelahan nombor
yang terpapar, contohnya 4” bermaksud shutter speed adalah selama 4
saat. Shutter speer turut menentukan sama ada gambar yang dirakam adalah kabur
atau tidak. Semakin tinggi nilai shutter
speed, semakin kurang cahaya yang masuk dan objek menjadi semakin ‘beku’. Untuk
mengelakkan keseluruhan gambar menjadi kabur akibat gegaran kamera, jurugambar
menggunakan sama ada tripod atau mengaktifkan penstabil imej pada shutter speed
yang rendah, kebiasaannya melebihi 1/60
saat.
- Shutter speed pada 1/250 saat atau lebih dapat membekukan subjek yang sedang bergerak pantas.
- Shutter speed yang sedrehana pantas dapat menghasilkan kesan yang dinamik pada pergerakan subjek.
- Shutter speed pada beberapa saat dengan tempoh exposure panjang dapat menghasilkan efek seperti dalam mimpi.
Shutter
speed yang digunakan perlulah bersesuaian dengan focal length pada lensa.
Sebagai contoh, sekiranya lensa adalah 300mm, pastikang shutter speed sekurang-kurangnya 1/300 saat. Setting
shutter speed yang tinggi juga dapat dibantu dengan bertambahnya nilai ISO dan
aperture. Pelbagai efek yang kreatif pada gambar boleh diperoleh dengan
menggunakan pelbagai shutter speed, seperti:
Rajah 5: Perbezaan antara imej yang dirakam
menggunakan shutter speed yang berbeza
|
ISO
ISO
menunjukkan sensitiviti atau ‘kepekaan’ filem , juga dipanggil sebagai sensor
terhadap cahaya. Rinkasnya, semakin tinggi ISO, semakin sensitif sensor
terhadap cahaya. Dengan itu, imej dapat dirakam dengan lebih baik dalam keadaan
yang gelap. ISO dalah dalam kitaran 50-3200. Kebanyakan kamera moden menawarkan
ISO sehingga 6400, malahan 12800 dan lebih lagi. ISO yang lebih tinggi akan memberikan kesan noise, tetapi ini bukan
bermakna kita tidak boleh menangkap gambar.
APERTURE
Aperture
digunakan untuk mengawal jumlah cahaya yang masuk, dan dilambangkan dengan
huruf f diikuti oleh “/” seperti “ f/2.8, f/.56. f/8.0.....”. Semakin kecil f/nombor aperture, semakin
banyak cahaya yang masuk. Aperture turut bertugas mengawal kedalaman saiz
depth of field serta exposure.
TIPS
Aperture yang kecil ataupun rendah: Memaksimumkan jumlah depth of field supaya semua subjek
kelihatan jelas dalam gambar.
Aperture yang sederhana: menghasilkan gambar yang berkualiti
optimum dan sederhana jumlah depth of
field.
Aperture yang besar : Ketika menghasilkan gambar pada kadar
ISO yang rendah dengan kualiti yang optima, kelajuan shutter speed adalah
tinggi, depth of field yang minima, cahaya yang rendah serta memegang kamera
ketika sesi fotografi.
No comments:
Post a Comment