Tuesday, 12 May 2015

Basic Image Editing


APA ITU IMEJ?



Imej boleh didapati dalam bentuk dua dimensi (2D) seperti imej yang biasa kita lihat dalam majalah atau screen display. Imej juga terdapat dalam bentuk tiga dimensi (3D) seperti patung dan teknologi hologram. Imej dirakam menerusi alat-alat optik seperti kamera, cermin, kanta, teleskop, mikroskop, dan sebagainya. Imej juga boleh dirakam secara semula jadi seperti mana imej yang dirakam oleh mata dan yang terpantul pada permukaan air. Selain memperoleh imej melalui alam semula jadi, imej juga boleh dilakar dengan lukisan, seni ukiran, cetakan, teknologi grafik dan lain-lain lagi. Dalam pembelajaran teknologi visual ini, kita akan menumpu kepada imej yang dirakam menggunakan kamera.





IMAGE EDITING



Kita semua, especially yang memiliki smart phone tu mesti dah terlalu biasa dengan image editing kan? Banyak apps yang boleh kita install seperti Photogrid, Photo editor, Pics Art, Cymeras dan sebagainya. Kenapa kita nak edit imej? Yessss……tujuannya adalah agar gambar menjadi lebih menarik, menambah teks pada gambar, menyusun atur dan menggabungkan banyak gambar menjadi satu imej, merubah saiz imej dan memperbaiki sebarang kekurangan gambar yang telah dirakam. Secara asasnya, proses meng’edit’ imej boleh dibuat melalui tiga cara, iaitu sama ada secara tradisional (imej analog), menggunakan kamera DSLR atau dengan bantuan software grafik yang boleh dibeli di pasaran atau dimuat turun secara percuma di internet. Salah satu software grafik yang paling umum ketahui adalah adobe photoshop. 

Proses-proses penyuntingan imej analog adalah seperti photo retouching dengan menggunakan tools seperti airbrush atau mengubah suai atau menyunting ilustrasi dengan pelbagai medium seni yang tradisional.



SAIZ DAN RESOLUSI IMEJ

                             




    Saiz imej adalah merujuk kepada resolusi imej tersebut. Resolusi adalah tinggi dan lebar sesebuah imej atau jumlah pixels imej tersebut. Sebagai contoh; imej yang mempunyai lebar 2048 pixel dan berketinggian 1536 pixel mempunyai sejumlah 3,145,728 pixels (2048 x 1536 pixels). Saiz imej ini boleh dinyatakan sama ada dalam bentuk 2048 x 1536 atau 3.1 Megapixel.




   Resolusi adalah kebolehan sensor untuk memerhati atau mengukur objek yang kecil dengan jelas. Terdapat perbezaan antara pixel dan resolusi. Pixel adalah UNIT bagi imej digital. Manakala resolusi adalah bergantung kepada saiz pixel. LEBIH KECIL saiz pixel, LEBIH TINGGI resolusi maka LEBIH JELAS sesuatu imej.
                      
                                 
Resolusi Pixel




    Saiz pickup device (dalam unit megapixel) dalam sesebuah kamera menentukan saiz imej yang boleh dirakam oleh kamera tersebut.

   Secara asasnya, resolusi adalah kiraan ‘seberapa rapat satu garisan antara satu garisan yang lain’ yang membentuk imej.

Ilustrasi Resolusi


Resolusi Imej

 
COMPRESS OR UNCOMPRESSED 

     Image yang tidak dimampatkan akan disimpan di dalam format fail seperti BMP dan TIF yang tidak akan memampatkan saiz pixel imej tersebut.
      •     Selain saiz, kualiti sesuatu imej juga boleh diubah suai.

    Sekiranya kita ingin mengurangkan saiz fail (dengan kata lain mengurangkan jumlah megabytes) untuk menyimpan imej, maka kita boleh menyimpan di dalam fail JPG berdasarkan saiz yang kita inginkan.
    Format JPG menganalisis saiz imej dalam bentuk blok 8 x 8 pixels. Memampatkan imej bererti setiap satu blok ini akan dimampatkan kepada saiz yang lebih kecil. Semakin tinggi kadar compression atau pemampatan, corak berblok yang melatari imej akan semakin terserlah dan ini serba-sedikit akan mencacatkan imej. Selain itu, faktor subjek dan corak yang terdapat pada imej juga turut memberi kesan kepada hasil sesuatu compression. Sebagai contoh, memampatkan imej langit tidak akan memberikan kesan compression yang begitu ketara jika dibandingkan dengan memampatkan imej burung yang berwarna-warni. Perhatikan imej di bawah. Imej pertama telah dimampatkan sehingga saiz fail 14Kb, manakala imej kedua dimampatkan lebih dan saiz fail mengecil sehingga 4Kb. Kita dapat melihat bahawa garis-garis halus lebih kelihatan pada imej kedua.
                                     
                                           



    JPG compression membolehkan kita mengurangkan ruang disk yang diperlukan untuk pengstoran imej dengan mengekalkan saiz imej yang asal, namun ia menyebabkan kualiti imej menjadi lebih rendah berbanding imej yang asal.

No comments:

Post a Comment