Tuesday, 12 May 2015

Shooting task di Bandar Hilir Melaka

Jumaat, 17 April 2015.

Around 7.45 am aku dah mula drive ke Bandar Hilir Melaka dengan ditemani Nad. Rakan-rakan sekelas yang lain pula menaiki bas UTM. Alang-alang perjalanan dah menuju ke Melaka, so dah decide awal-awal untuk drive sendiri sebab boleh terus pulang ke rumah mertua di Seremban. Alhamdulillah, safely touch down (chewwah..) Bandar Hilir Melaka around 9.15 am.

Di Melaka, kami diberi tugasan untuk menangkap gambar dengan tiga tema yang telah ditetap, iaitu:
  • Sejarah
  • Bangunan
  • Composition
Lama juga tak jejak bumi Melaka yang penuh bersejarah ni. Tapi nak cerita satu benda.. aku dapat rasakan bahawa Melaka memiliki auranya tersendiri. Sepanjang berjalan di bumi Melaka, otak ligat membayangkan sejarah-sejarah yang pernah dibaca mengenai pembukaan dan kegemilangan negeri Melaka suatu ketika dahulu. Walaupun kini berada pada abad ke-21, aku semacam dapat rasakan kelibat syahbandar dan bendahara ada di mana-mana, sedang meninjau keselamatan di bumi Melaka. Diri seolah-olah berada pada kurun ke-15!

Sayang seribu kali sayang bagi anak bangsa yang tidak mahu mengenal sejarah. Tanpa mengenal sejarah, kita tidak akan mengetahui nilai-nilai yang sangat mahal untuk kita pertahankan bersama.

Bahang di Melaka, MasyaALLAH tabarokALLAH!...panas lain macam. Dek kerana panas ni, badan jadi cepat letih untuk pusing-pusing ke semua tempat. Tapi tak pe, kita usahakan sebaik yang mungkin untuk menyelesaikan tugasan ini. 

Sampai sahaja di Melaka, aku park kereta betul2 sebelah kereta mun and depan bangunan Menara Taming Sari ni. Just three of us; aku, mun and nad yang sampai awal. Rombongan yang lain masih belum tiba. Sambil-sambil tunggu yang lain sampai, try snap sikit mana yang dapat sambil tengok setting camera.




Rombongan tiba dalam jam 10.30 pagi dan mereka berkumpul di sekitar kawasan bangunan Christ Church @ Dutch Square yang telah dibina pada tahun 1753 oleh orang Belanda. Masing-masing berlegar di sekitar kawasan ini dan mencari angle yang sesuai agar gambar dapat dirakam dengan unik dan cantik. Agak lama juga mereka berkumpul di situ. Dengan panas terik yang terus membahang dan tambah-tambah lagi aku dok asyik ngadap bangunan merah yang sama, kepala jadi makin pening. So aku, syafi and nad decide untuk berpecah dengan ahli rombongan yang lain.




 




Mata mula mengitari sekeliling dan aku ternampak ada satu round about yang unik. Pada setiap papan tertera nama-nama destinasi seperti Ayer Keroh, London, Lisbon, Kuala Lumpur...aku agak..mungkin ini adalah antara arah pelayaran kapal dagang suatu masa dahulu..



Spot yang cantik untuk tema composition : framing.



Tak jauh dari round about, kelihatan Surau Warisan dengan corak tangganya yang penuh dengan seni tradisional. Click! Ini antara hasil tangkapan bagi tema sejarah. :)





Kami bertiga dah mula rasa letih. So, kami decide untuk rehat sambil pekena cendol dulu. Actually, dari tadi dah nampak gerai cendol tu melambai-lambai dari jauh. Sat na..cheq mai. =) 

Kami makan sampai tak sedar rupanya rakan-rakan yang lain dah mula beredar dari kawasan Christ Church tadi. So....Bila tekak dah basah, badan dah kembali bertenaga, kami kembali menjalankan tugasan......



Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka







Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka terletak di tebing Sungai Melaka. Kincir air ini telah diiktiraf sebagai kincir air pertama dan terbesar di Malaysia dengan diameter 13.2m. Rekabentuk struktur kincir air ini adalah berdasarkan Teknologi Tamadun Islam dari Syria dan Lijang,China. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, para pedagang telah menggunakan kincir air sebagai alat untuk menimba dan mengalirkan air dari anak sungai. Kincir air dibina di kawasan saluran sungai atau parit yang deras supaya pengayuh dapat bergerak dan memusingkan roda kincir.



Nad yang sangat haus. Nasib baik botol air dibawa bersama

Syafi yang berusaha menangkap gambar kincir air. Ala-ala profesional gitu.

Syafi mula surrender. Kaki sakit  berjalan dengan sandal yang bertumit. At last, beli selipar sebelum masuk ke Muzium Samudera.



Muzium Samudera dibina di dalam sebuah Replika kapal perang Portugis bernama Flor de La Mar — iaitu sebuah kapal perang yang digunakan dalam serangan ke atas Melaka pada tahun 1511. Replika ini mempunyai ruang yang besar serta luas dengan ukuran 110 kaki panjang dan 22 kaki lebar. Saiz sebenar kapal adalah lebih besar iaitu 170 kaki panjang dan 30 kaki lebar yang boleh menempatkan 1,000 orang anak kapal dengan muatan maksimum sehingga 1,000 tan.


Nice caption!.....See...awan pun berbentuk kapal. SubhanALLAH. =)...





Tak tahan berlama-lama di luar, jadi cepat-cepat kami masuk ke dalam kapal. Beberapa gambar yang sempat dirakam adalah:




Nasib baik ada kipas untuk sejukkan badan, kan Syafi? =)


  
Ok...kami tak lama dalam Muzium Samudera sebab hari dah semakin petang...Dari atas kapal Muzium Samudera, sayup-sayup kelihatan kota A Famosa.

 


Suasana di dalam bilik nakhoda kapal

Selesai berlegar di sekitar Muzium Samudera, perjalanan kemudiannya diteruskan dengan mendaki bukit untuk ke kota A Famosa.  A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada tahun 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar “A Famosa”, atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain. Pembinaan kota A Famosa adalah atas arahan Alfonso de Albuquerque kononnya sebagai tanda penentangan rakyat Melaka yang memaksa Portugis untuk membina kubu yang lebih kukuh selepas menawan Melaka.

Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda telah mengepung kota tersebut selama lima bulan dan akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda telah menyerbu kota ini melalui pintu Santo Domingo Gate. Lebih 7,000 orang telah terkorban dalam pertempuran ini.




















Fuh...peluh dah mencurah-curah..badan dah semakin berlengas. Turun sahaja dari Kota A Famosa, aku terus bergegas ke kereta. Sebelum tu, sempat juga merakam beberapa gambar bersejarah seperti di bawah:














Around jam  4.30 petang, aku dah mula masuk ke dalam kereta. Membasahkan tekak dengan air kelapa yang sangat mahal (secawan plastik kecil berharga RM2) dan volume air-cond diputar ke tahap paling maksimum. Kaki dah mula rasa sangat lenguh. Pinggang dah macam nak patah. Rasa macam dah berkilo-kilo berat yang turun. Huahuahua. Nad pula bersemangat nak naik Menara Taming Sari. Aku dan Syafi just lepak dalam kereta and berehat. Then tak lama kemudian, dengan rasa yang amat-amat letih, aku mula memandu pulang ke Seremban. Oh....hari yang sangat memenatkan, ditambah pula perlu menghadap traffic light yang terlalu banyak sepanjang di Melaka dan menyambung pemanduan lebih kurang 150km ++ untuk tiba ke destinasi.....................




Sekian...................


No comments:

Post a Comment