Tuesday, 14 April 2015

Jalan-jalan bersama NIKON D3100

Ahad, 15 Mac 2015

Hari ni menghadiri walimah kawan hubby di sekitar Port Dickson. Sebelum pulang, hubby ajak mendaki ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Membazir katanya jika bawa kamera ke hulu, ke hilir tanpa merakam sebarang gambar. Alang-alang tu, boleh juga menikmati keindahan alam ALLAH SWT. Sempat jugalah kami melihat rumah api di Tanjung Tuan yang berada di puncak dan melihat air laut yang berada nun jauh di bawah. SubhanALLAH, sangat cantik!

So basically, gambar-gambar yang ditangkap sekadar point and shoot. Tidak bertujuan atas teknik-teknik fotografi tetapi lebih kepada bermain dengan aperture, ISO dan white balance, agar diri serasi dengan DSLR. 


Pintu Gerbang Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Rumah Api Tanjung Tuan

Bermain dengan aperture

Melihat lautan yang luas dari puncak bukit.
"Awan..andai bisa kugapai, maka saktilah hamba....."

With my another half =)

Berjalan menuruni bukit untuk pulang..another half way untuk tiba ke bawah

Perjalanan kami kemudiannya diteruskan pula ke satu pantai berdekatan dengan Politeknik PD. Dengan ingat-ingat lupa apa yang telah disampaikan oleh En.Fuad mengenai teknik penggunaan kamera DSLR tempoh hari, maka inilah antara gambar yang telah sempat dirakam sepanjang di sana. Saya tak pro. =)




Dengan teknik low angle, setiap yang kecil dapat dilihat seolah-olah bersaiz besar.




Sakura?!



Dengan gaya ala-ala tidak profesionalnya, butang kamera pun ditekan. Main redah je den tekan. Klik sana, klik sini. But Alhamdulillah, masih sabar menggunakan mod manual walaupun dalam hati sangat-sangat nak menggunakan mod auto. Makanya....beberapa gambar yang tak berjaya dirakam cantik  menggunakan mod manual, akan dirakam menggunakan kamera handphone sebagai kenangan peribadi. Menggunakan mod manual ni agak mencabar. Semua mod kita kena set sendiri untuk hasilkan gambar yang cantik. Then, every time dah capture, dok belek camera sungguh-sungguh. Mereka sibuk dengan kamera. Ubah lagi setting jika kurang puas hati dengan gambar yang ditangkap sebelumnya. Sekarang, barulah dapat faham, why everyone yang dok pegang kamera DSLR  ini nampak ralit dengan kamera masing-masing. Asyik dok belek-belek kamera, then snap. Belek-belek lagi, then snap. Rupanya kerja-kerja menangkap gambar secara manual memang bukan sesuatu yang mudah dan pokoknya, perlu bijak bermain dengan camera setting. 


Al-kisahnya, sampai lewat petang juga kami berjalan-jalan pada hari tersebut. Sampai di rumah, hari dah almost maghrib. Kalih kat langit, nampak macam ada view yang cantik. Sekali lagi, cepat-cepat keluarkan kamera dan klik!



Pemandangan di langit yang cantik pada waktu senja

Alright. Selesai sudah perkongsian berapa keping gambar yang ditangkap menggunakan kamera Nikon D3100 untuk kali ini. Semoga skills menangkap gambar semakin bertambah lagi selepas ini. Happy viewing all....^^

No comments:

Post a Comment