Thursday, 14 May 2015

Production of Static Visual Product

Static visual product (yang sebenarnya kita dah biasa lihat, tapi tak tahu pula bahan-bahan ini dikenali dengan istilah ini) adalah seperti:
  • Pamphlet
  • Brochure
  • Poster
  • Bunting
  • Banner
Berdasarkan presentation kali ni, baru aku tahu bahawa setiap static visual product ini ada certain2 saiz dan ciri-cirinya. Tak boleh sembarangan nak kata itu pamphlet, brochure, dan sebagainya. Jom kita lihat apa perbezaan antara kelima-lima static visual products ini.

  • Pamplet
Menurut UNESCO, sesuatu pamphlet mestilah sekurang-kurangnya mempunyai 5 halaman dan tidak melebihi 48 halaman. Boleh terdapat dalam bentuk booklet atau single page folded.

Pamphlet
  •  Brochure
Hanya sehelai kertas yang dilipat kepada beberapa lipatan. Kebiasaannya digunakan untuk mengiklankan barangan dan sebagai manual pengguna.

Brochure

Details photoshop bagi brochure dan pamphlet adalah:

Dimensi           :  11" x 8.5"
Resolusi           :  300 ppi
Colour mode   :  CMYK

  •  Poster
 Saiz poster adalah berbeza mengikut tujuannya penggunaannya. Sebagai contoh;
 8.5" x 11" : Pengiklanan.
 11" x 17"  : Pengiklanan atau pengumuman pada ruang yang terhad.
 18" x 24" & 19" x 27" : Gambar selebriti atau poster-poster yang biasa di lihat di klinik atau kedai.
 24" x 36" & 27" x 36" : Pengiklanan di bahagian luar bangunan seperti teater, kafeteria dan kedai buku.
 27" x 40" : Poster movie.


Poster


Pelbagai saiz poster


  • Bunting 
Diperbuat daripada material yang dipanggil Tarpaulin atau sintetik dan dicetak secara menegak. Saiz standard bagi bunting adalah 2" x 6". Resolusi bunting juga adalah berbeza mengikut penggunaannya, sama ada untuk digunakan di dalam atau di luar bangunan. Selain itu, terdapat beberapa jenis pendiri bunting seperti x-stand bunting, T-stand bunting dan roll-up stand bunting.


Pelbagai jenis bunting stand

  • Banner
Berbeza dengan bunting. banner pula dicetak secara melintang. Kebiasaannya banner yang ditempah adalah daripada saiz 3" x 8" sehingga 4" x 22". Terdapat beberapa jenis banner seperti frame banner set, wall banner, feather banner, fence banner, pop-up banner dan sport fan banner. Antara material yang digunakan untuk membuat banner adalah vinyl, kertas dan sesetengahnya turut menggunakan fabrik. Sesuatu banner yang baik memiliki ciri-ciri seperti berikut: Penggunaan teks yang padat dan ringkas, mudah difahami walaupun hanya menggunakan simbol, logo yang mudah dibaca, penggunaan gambar yang berkaitan, design yang berkualiti, Call to Action yang jelas serta sentiasa diuji terlebih dahulu sebelum menghantar ke kedai percetakan.


Wall banner

Event banner

Feather banner

Fence banner

Pop-up banner

Fan sport banner

Carta saiz bagi banner



No comments:

Post a Comment