Monday, 4 May 2015

Shooting techniques and tips


Apa itu Kompisisi? 
Komposisi adalah cara menyusun objek dalam gambar. Kaedah menyusun dalam komposisi adalah perlu difahami. Jangan biarkan objek menjadi berterabur tanpa haluan. Letakkan objek utama dengan jelas. Jika tidak, gambar akan menjadi bosan dan jemu untuk dilihat.

Penting ke komposisi?


Yes. Ini adalah kerana, komposisilah yang berperanan untuk membezakan antara satu gambar dengan gambar yang lain serta menambah nilai seni sesuatu gambar. 

Asas-asas komposisi

Terdapat banyak asas komposisi, antaranya adalah:

1. Rule of Third


                    



Rule of third merupakan peraturan komposisi yang paling kerap jurugambar gunakan.  Caranya adalah dengan meletakkan subjek pada kawasan garis yang bersilang dan imej tidak diletakkan pada di tengah-tengah frame, sebaliknya hanya memenuhi 1/3 daripadanya sahaja.

2. Keseimbangan 

 

SONY DSC

Cara meletakkan subjek lebih kurang sama seperti Rule of Third, cuma ada subjek lain berfungsi untuk menyeimbangkan subjek utama.

3. Bayang

 

Bayangan dalam Komposisi


4. Simetri

 

SONY DSC

Tidak seperti Rule of Third, subjek diletakkan di tengah-tengah untuk menampakkan persamaan kiri dan kanan. Tapi subjek kena kuat, kalau tak subjek akan kelihatan tenggelam.

5. Kedalaman/ Depth

 

asas-asas komposisi dalam fotografi (5)


Setiap gambar yang kita ambil dipaparkan dalam 2 dimensi. Tapi dengan bermain dengan foreground dan background, kita boleh mewujudkan depth atau kedalaman yang akan membuatkan foto yang kita ambil bersifat 3 dimensi. Ayat mudahnya “tak flat”.

6. Framing


Gambar tidak cantik sekiranya dibiarkan osong sahaja pada langit yang putih. Oleh itu, meletakkan objek sampingan adalah keadaan framing yang dimaksudkan. Letakkan pokok bunga atau apa sahaja agar ia menjadi subjek untuk merehatkan mata.


7. Background dan Foreground

Elemen ini akan mencantikkan lagi gambar yang kita rakam. Tanpa latar belakang, gambar kita akan menjadi kosong. Penambahan latar depan juga menjadikan hiasan gambar lebih  menarik.


WP_20140512 7
.

Dalam gambar di atas, objek utama adalah puncak gunung (atau boleh sahaja disebut sebagai imej background), manakala imej foreground terdiri daripda tanaman yang terdapat dalam gambar pada bahagian hadapan.

 

8. Garisan

Garisan merupakan satu elemen yang kuat, boleh memberi kesan yang mendalam pada sesuatu gambar. Tapi kita kena pandai letak garisan tu kat mana, kalau di tempat yang betul, garisan akan bertindak menarik mata kita untuk melihat lebih mendalam dan menghayati foto yang kita ambil.

Terdapat pelbagai jenis garisan. Umpamanya, garisan melengkung (curve line), garisan melintang, garisan menegak dan garisan diagonal. Seringkali, kita terdedah kepada elemen garisan namun mungkin tidak ramai yang menyedarinya. Alur sungai, garis pantai, permatang sawah, jalan, rel kereta api, tangga, jubin seramik dan sebagainya adalah contoh elemen garisan dalam kehidupan kita. Elemen garisan dapat menjadikan foto menjadi lebih menarik dan memberikan kesan-kesan yang tertentu pada imej. Sebagai contoh:

Garisan melintang : Memberi kesan keseimbangan, tenang, kekal dan kukuh.

Garisan menegak : Memberikan kesan pertumbuhan, kekuasaan dan tinggi. Hindarkan meletak imej bergarisan menegak di tengah-tengah imej kerana ia memberi kesan yang kaku dan foto terpecah menjadi dua bahagian, kiri dan kanan.




Garisan Diagonal : Bersifat lebih dinamik berbanding garisan melintang atau menegak. Ia memberi nafas dalam komposisi imej sehingga kesannya lebih hidup.
 

Garisan melengkung : Sekiranya garisan diagonal menjadikan imej lebih hidup, sementara garisan melengkung adalah lebih-lebih lagi dan memberi kesan 'seksi' dalam komposisi imej. Ia memberikan kesan seperti lembut, relax dan bergerak. Ia sangat dominan dengan alam dan kebiasaannya garisan melengkung terdapat pada alam semula jadi. Sebagai contoh: gunung, lengkung pantai dan bahagian pada hujung daun. 

9. Panning 

Menghasilkan gambar bergerak adalah teknik yang menarik, terutamanya dalam sukan fotografi. Berlatih menggunakan shutter speed laju kemudian ikut pergerakan kereta atau pemain sukan. Maka kesan yang akan kita perolehi adalah pergerakan kereta tersebut tajam dan latar belakangnya kabur.

 

 http://farm7.staticflickr.com/6076/6143858787_ab0376fe03.jpg

 

Menghasilkan Fotografi yang Kreatif

 Beberapa elemen yang menyumbang kepada fotografi yang kreatif adalah:

1. Pencahayaan

2. Kesan impak kepada emosi seseorang apabila melihat imej yang ditonjolkan

3. Komposisi imej

4. Teknik merakam imej

5. Kreativiti jurugambar

6. Bijak memilih objek utama yang dijadikan tumpuan

7. Keseimbangan warna

8. Gaya persembahan imej

9. Memilih subjek yang ingin disampaikan

10. Kemahiran teknikal (sharpness, exposure, retouching, correct colour, etc)

11. Depth of Field yang tepat

12. Titik fokus yang tepat



 

No comments:

Post a Comment