Tuesday, 19 May 2015

IMAGE EDITING - Teknik Masking

Semalam sampai ke pagi dok berlatih buat kaimet dengan bolamet...so pagi ni, teringin nak cuba lagi. Dulu memang buta tentang adobe photoshop. Tak reti nak edit2 imej. Sekarang ni, nak cuba dan cuba lagi...


So..pagi ni, latih edit gambar dengan teknik masking pula. 

APA ITU TEKNIK MASKING?

Pada dasarnya fungsi masking dan eraser tool adalah sama namun perbezaan yang paling ketara antara keduanya adalah teknik masking menyembunyikan gambar namun gambar asal tetap tidak terusik manakala eraser tool digunakan untuk memadamkan gambar sama sekali.

Baiklah step2 yang kita gunakan bagi edit imej dengan teknik masking kali ni adalah:

1. Open File

2. Select apa2 gambar. Contoh:

 
Gambar asal

 

3. Copy Background layer

4. Image > Adjusment > Black and white (untuk preset, ikut kebebasan masing-masing). Make sure yang aktif adalah pada layer background copy. Then gambar akan jadi seperti di bawah:


Add caption


5. Add layer mask dan make sure foreground dan background colour adalah hitam dan putih seperti ini:

Add caption

 

6. Pilih Brush tool dengan saiz yang sesuai. But aku buat selection path dulu dengan menggunakan Magnetik Lasso Tool so that bahagian yang diwarnakan tu tak terkeluar. Dah pilih, then just warnakan yang dah di batasi dengan selection path tu. Hasilnya akan jadi begini:

Add caption

Add caption

After warnakan veil, rasa macam seronok pula nak teruskan kerja-kerja mewarna ni. So aku pilih bunga pula untuk diwarnakan.


Add caption

Dah siap.....newbies macam aku ni, walaupun bab-bab edit yang kecil ni  je pun dan  memang sangat mengujakan!  Sekian...

Manipulation 2 Images

Ok..setelah berminggu-minggu belajar adobe photoshop, sebenarnya, still tak kuasai lagi macam mana nak gabungkan antara dua imej seperti Kaimet (Tembikai + Helmet = Kaimet) dan Bolamet (Bola + Helmet) seperti yang Dr.Shah tunjuk tempoh hari...

So pagi tadi....aku cuba dapatkan personal coaching dari Pn. Noraini untuk ajar bab2 edit imej. After that aku kedai komputer bersebelahan dengan Kafe Meranti untuk install Adobe Photoshop CS5.


OK...so..steps bagi menggabungkan dua imej seperti di bawah adalah:

1. File > Open > select gambar helmet





2.  Untuk trace helmet : Pen tool > click Path > dah siap trace area helmet yang dikehendaki, right click pad path> make selection

3. File > Open > select gambar bola/ tembikai. Drag gambar ini kepada gambar helmet tadi then tekan ENTER > Tekan shift untuk besarkan gambar agar muat2 pada selection path helmet yang telah kita trace tadi. Sesudah selesai, tekan ENTER semula.









4. Pergi ke PATH > right click > make selection > tekan shift + ctrl + I serentak > backspace. Kita akan nampak tembikai/bola kesemua bahagiannya telah dipadam, kecuali pada selection path pada helmet. 

Tada...........maka hasilnya akan jadi cantik seperti ini... Tq Puan Noraini..Sanggup pula melayan wassap apabila aku bertanyakan soalan setiap kali lupa step2 yang berikutnya untuk menghasilkan gambar-gambar ini. :)



Kaimet




Bolamet


Hmmm....nak lihat bagaimana kura-kura disatukan dengan landak mini?



Kura-kura

Landak mini
 Hasilnya...


Kudak!

Sekian..........

Thursday, 14 May 2015

Production of Static Visual Product

Static visual product (yang sebenarnya kita dah biasa lihat, tapi tak tahu pula bahan-bahan ini dikenali dengan istilah ini) adalah seperti:
  • Pamphlet
  • Brochure
  • Poster
  • Bunting
  • Banner
Berdasarkan presentation kali ni, baru aku tahu bahawa setiap static visual product ini ada certain2 saiz dan ciri-cirinya. Tak boleh sembarangan nak kata itu pamphlet, brochure, dan sebagainya. Jom kita lihat apa perbezaan antara kelima-lima static visual products ini.

  • Pamplet
Menurut UNESCO, sesuatu pamphlet mestilah sekurang-kurangnya mempunyai 5 halaman dan tidak melebihi 48 halaman. Boleh terdapat dalam bentuk booklet atau single page folded.

Pamphlet
  •  Brochure
Hanya sehelai kertas yang dilipat kepada beberapa lipatan. Kebiasaannya digunakan untuk mengiklankan barangan dan sebagai manual pengguna.

Brochure

Details photoshop bagi brochure dan pamphlet adalah:

Dimensi           :  11" x 8.5"
Resolusi           :  300 ppi
Colour mode   :  CMYK

  •  Poster
 Saiz poster adalah berbeza mengikut tujuannya penggunaannya. Sebagai contoh;
 8.5" x 11" : Pengiklanan.
 11" x 17"  : Pengiklanan atau pengumuman pada ruang yang terhad.
 18" x 24" & 19" x 27" : Gambar selebriti atau poster-poster yang biasa di lihat di klinik atau kedai.
 24" x 36" & 27" x 36" : Pengiklanan di bahagian luar bangunan seperti teater, kafeteria dan kedai buku.
 27" x 40" : Poster movie.


Poster


Pelbagai saiz poster


  • Bunting 
Diperbuat daripada material yang dipanggil Tarpaulin atau sintetik dan dicetak secara menegak. Saiz standard bagi bunting adalah 2" x 6". Resolusi bunting juga adalah berbeza mengikut penggunaannya, sama ada untuk digunakan di dalam atau di luar bangunan. Selain itu, terdapat beberapa jenis pendiri bunting seperti x-stand bunting, T-stand bunting dan roll-up stand bunting.


Pelbagai jenis bunting stand

  • Banner
Berbeza dengan bunting. banner pula dicetak secara melintang. Kebiasaannya banner yang ditempah adalah daripada saiz 3" x 8" sehingga 4" x 22". Terdapat beberapa jenis banner seperti frame banner set, wall banner, feather banner, fence banner, pop-up banner dan sport fan banner. Antara material yang digunakan untuk membuat banner adalah vinyl, kertas dan sesetengahnya turut menggunakan fabrik. Sesuatu banner yang baik memiliki ciri-ciri seperti berikut: Penggunaan teks yang padat dan ringkas, mudah difahami walaupun hanya menggunakan simbol, logo yang mudah dibaca, penggunaan gambar yang berkaitan, design yang berkualiti, Call to Action yang jelas serta sentiasa diuji terlebih dahulu sebelum menghantar ke kedai percetakan.


Wall banner

Event banner

Feather banner

Fence banner

Pop-up banner

Fan sport banner

Carta saiz bagi banner



Wednesday, 13 May 2015

Panoramic

Asas Adobe Photoshop : Panoramic

Panoramic ni, dengan kata lain adalah menggabungkan beberapa imej menjadi satu imej sahaja. Frame size yang terdapat pada lensa yang standard adalah lebih terhad dan kecil jika dibandingkan dengan yang dipakai oleh jurufoto profesional. Cuba bayangkan; dalam satu dewan yang luas, memang mustahil bagi kita untuk dapatkan gambar suasana yang ada, dari hujung kiri ke hujung kanan dewan dengan hanya satu snap sahaja. Sebagai alternatif, kita boleh menggunakan teknik panoramic untuk atasi masalah ini.  


Simple steps for panaromic:

File > Open > Automate > Photomerge > Browse file and select pictures  (dalam contoh tiga gambar) > Pilih layout style (terdapat pada belah kiri paparan) > ok.



Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

 Apabila tiga gambar dugabungkan, maka jadilah seperti ini............
 


Best kan? Tapi make sure..setiap hujung gambar yang diambil terdapat 20% persamaan (sebagai contoh, hujung kanan gambar pertama dengan hujung kiri gambar kedua) antara satu sama lain so that apabila digabungkan nampak real dan ada flow gabungan yang cantik.

Framing/membuat boarder


Asas Adobe Photoshop: Framing/membuat boarder

Tadi dah try2 google, kebanyakan blog apabila menceritakan tentang membuat frame pada imej, akan menggunakan beberapa steps yang lebit rumit (pada saya yang masih baru dengan photoshop) jika dibandingkan dengan yang Dr.Shah ajar. Apa cara mudah tu ya? ..so...this is how you go, guys...

1. File > open > choose image
2. Image > Canvas > Switch kepada saiz canvas yang baru dalam unit pixel.

3. Pilih gambar background sesuka hati sebagai warna frame.


Saiz asal : 1080 x 874 Pixel
Saiz baru : 1250 x 1000 Pixel

 Hasilnya akan jadi seperti ini.....



 

Framing juga boleh dihasilkan dengan create new layer dan fill dengan background colour, kemudian kecilkan imej guna transform tools.


Asas Penggunaan Photoshop


Menu Bar –  Terletak di atas Tool Bar. Tempat menu utama dikategorikan mengikut apa yang menu tersebut lakukan.

Tool Bar – Terletak pada bahagian atas. Kesemua jenis tool yang ada di dalam Adobe Photoshop berada disini. Contohnya, Background Color, Gradient, Brushes, Crop dan lain-lain.

Tool Box – Terletak pada sisi kiri paparan ruang kerja. Mengandungi tool semasa. Jika anda klik pada Brushes, semua tool berkenaan brushes akan keluar di bahagian ini. 

 * Tool Bar akan memaparkan setting untuk tool yang dipilih di Tool Box. Sebarang pertukaran yang ingin dilakukan mengenai tool dilakukan di Tool Box.

Document Window – Apa yang sedang anda editkan itu berada di-sini.

Active Image Area – Disinilah segala keajaiban bermula pada awal-awalnya.

Navigator – Membolehkan kita zoom in atau zoom out dokumen-dokumen yang sedang aktif.

Palette – Terletak pada sisi kanan paparan ruang kerja. Terdapat pelbagai palette yang disediakan, antara adjustment, colour (untuk background dan foreground), swatches, styles dan lain-lain. Jenis-jenis pallete yang biasa digunakan adalah brush preset, character, paragraph dan history. Untuk membuang pallete yang tidak diperlukan, bawa palette tersebut keluar dan tekan pada butang  pangkah (X).

History – Segala bentuk perubahan yang dilakukan terhadap kerja-kerja Photoshop, direkod disini.


PENYEDIAAN KANVAS

Untuk membuka kanvas baru, tekan File> New atau ctrl + N. 

Tips:

Preset : Saiz kanvas yang biasa digunakan.
Resolution : 72 bagi paparan di monitor atau internet. 192-300 bagi cetakan.
Colour Mode :  CMYK Colour untuk cetakan


PENGGUNAAN TOOL ASAS


1. Move tool - membolehkan kita menggerakkan gambar yang terdapat pada layer. Setiap gambar akan diletakkan pada layer yang berasingan. Sekiranya kita mempunyai 3 gambar, ini bermakna 3 layer akan dihasilkan dan ketiga-tiga jenis gambar boleh digerakkan menggunakan move tool. Layer yang di atas sentiasa menutupi layer yang dibawah.

2.Transform box - membolehkan kita mengenal pasti gambar yang dipilih serta mengubah imej kepada saiz yang dikehendaki.

3. Marquee, Lasso & Magic Wand Tool - membolehkan kita memilih kawasan dan mengasingkan gambar yang terdapat pada layer yang sama. 3 jenis tool ini mempunyai fungsi yang sama dengan penggunaan yang berbeza.   
  •  Marquee         - memilih kawasan dalam bentuk segi empat atau bulat sahaja.
  • Lasso               - melukis kawasan yang dipilih dengan bebas.
  • Magic Wand    - memilih kawasan mengikut toleransi warna. 
4. Paint Bucket &  Gradient Tool - digunakan untuk mengisi sesuatu kawasan dengan warna.
  • Paint Bucket   - mengisi kawasan dengan satu warna sahaja.
Pilih warna di foreground colour pada Tool Box > hold ALT > klik pada warna yang terdapat di kanvas.
  • Gradient          - campuran dua warna atau lebih. 
Warna gradient boleh ditukar pada Tool Bar. Klik 2x pada kotak warna dan paparan Gradient Editor akan keluar. Jenis gradient seperti linear, radial, angle, reflected dan diamond turut boleh dipilih pada Tool Bar. 

TIPS : Buat layer baru sebelum menggunakan Paint Bucket/Gradient Tool atau Brush Tool. Tidak digalakkan menggunakan ton warna preset pada Gradient Editor. Bina ton warna sendiri mengikut kreativiti sendiri.  

5. Brush & Erase Tool - brush tool berfungi sebagai berus cat manakala eraser tool sebagai pemadam. Cara penggunaannya adalah sama. Terdapat pelbagai jenis brush yang disediakan (right click pada kanvas atau tekan palette Brush Preset di ruang kanan photoshop).

6. Type Tool - tetapan type tool  terdapat pada palette character dan palette paragraph. Warna tulisan boleh ditukar melalui Tool Bar atau palette character. Font tulisan boleh dimuat turun daripada internet. Tekan sekali pada kanvas untuk menulis sebaris, dan tekan serta seret untuk menulis didalam kotak yang dihasilkan.

7. Filter - Memberikan kesan khas kepada objek.


DIGITAL IMAGE MANIPULATION

Antara manipulasi imej digital yang boleh kita lakukan menggunakan Adobe Photoshop adalah seperti:
  • Crop               : Membolehkan bahagian-bahagian imej yang tidak diperlukan dibuang untuk memberikan kesan composition yang lebih kuat.
  • Scale              : Berbeza dengan crops, scale hanya membolehkan kita mengubah imej kepada siaz yang lebih besar atau lebih kecil di sekitar titik rujukan. Tidak ada mana-mana bahagian imej yang terbuang atau di padam.
  • Rotate            : Membolehkan imej dipusing sehingga 360 darjah.
  • Skew              : Membolehkan imej dicondongkan sama ada secara melintang atau menegak.
  • Distort            : Membolehkan imej direnggangkan secara bebas mengikut saiz dan arah yang kita inginkan.
  • Perspective   : Membolehkan imej kita menambah kesan perspektif kepada imej.


Perbezaan antara skew, distort dan perspective
  • Wrap              : Membolehkan imej diubah secara menyeluruh dan memberikan pelbagai kesan yang berbeza.

                                                           
  • Hue/saturation :  Membolehkan warna asal (hue) imej dimanipulasikan, mengubah atau mengurangkan intensity warna (saturation) dan menjadikan imej lebih gelap atau terang. (brightness/contrast).      


 MEWARNA IMEJ

Untuk mewarnakan imej, boleh pada refer pada blog http://nurelart.blogspot.com/2011/05/mewarna-cara-saya.html

Penerangannya jelas dan mudah untuk diikuti.


MENGUBAH KESAN CAHAYA

Memanipulasi kesan cahaya pada imej membolehkan kita menjadikan imej yang lebih jelas, lebih menarik, mengubah brightness pada imej dan mencipta '.centre of image'.

Untuk mengubah kesan cahaya pada imej : Pergi ke Tool Bar > Image > Adjustment > Brightness/contrast (atau sebagainya seperti yang terdapat dalam senarai Adjustment). Salah satunya adalah curve adjustment.