Tuesday, 14 April 2015

Jalan-jalan bersama NIKON D3100

Ahad, 15 Mac 2015

Hari ni menghadiri walimah kawan hubby di sekitar Port Dickson. Sebelum pulang, hubby ajak mendaki ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Membazir katanya jika bawa kamera ke hulu, ke hilir tanpa merakam sebarang gambar. Alang-alang tu, boleh juga menikmati keindahan alam ALLAH SWT. Sempat jugalah kami melihat rumah api di Tanjung Tuan yang berada di puncak dan melihat air laut yang berada nun jauh di bawah. SubhanALLAH, sangat cantik!

So basically, gambar-gambar yang ditangkap sekadar point and shoot. Tidak bertujuan atas teknik-teknik fotografi tetapi lebih kepada bermain dengan aperture, ISO dan white balance, agar diri serasi dengan DSLR. 


Pintu Gerbang Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Rumah Api Tanjung Tuan

Bermain dengan aperture

Melihat lautan yang luas dari puncak bukit.
"Awan..andai bisa kugapai, maka saktilah hamba....."

With my another half =)

Berjalan menuruni bukit untuk pulang..another half way untuk tiba ke bawah

Perjalanan kami kemudiannya diteruskan pula ke satu pantai berdekatan dengan Politeknik PD. Dengan ingat-ingat lupa apa yang telah disampaikan oleh En.Fuad mengenai teknik penggunaan kamera DSLR tempoh hari, maka inilah antara gambar yang telah sempat dirakam sepanjang di sana. Saya tak pro. =)




Dengan teknik low angle, setiap yang kecil dapat dilihat seolah-olah bersaiz besar.




Sakura?!



Dengan gaya ala-ala tidak profesionalnya, butang kamera pun ditekan. Main redah je den tekan. Klik sana, klik sini. But Alhamdulillah, masih sabar menggunakan mod manual walaupun dalam hati sangat-sangat nak menggunakan mod auto. Makanya....beberapa gambar yang tak berjaya dirakam cantik  menggunakan mod manual, akan dirakam menggunakan kamera handphone sebagai kenangan peribadi. Menggunakan mod manual ni agak mencabar. Semua mod kita kena set sendiri untuk hasilkan gambar yang cantik. Then, every time dah capture, dok belek camera sungguh-sungguh. Mereka sibuk dengan kamera. Ubah lagi setting jika kurang puas hati dengan gambar yang ditangkap sebelumnya. Sekarang, barulah dapat faham, why everyone yang dok pegang kamera DSLR  ini nampak ralit dengan kamera masing-masing. Asyik dok belek-belek kamera, then snap. Belek-belek lagi, then snap. Rupanya kerja-kerja menangkap gambar secara manual memang bukan sesuatu yang mudah dan pokoknya, perlu bijak bermain dengan camera setting. 


Al-kisahnya, sampai lewat petang juga kami berjalan-jalan pada hari tersebut. Sampai di rumah, hari dah almost maghrib. Kalih kat langit, nampak macam ada view yang cantik. Sekali lagi, cepat-cepat keluarkan kamera dan klik!



Pemandangan di langit yang cantik pada waktu senja

Alright. Selesai sudah perkongsian berapa keping gambar yang ditangkap menggunakan kamera Nikon D3100 untuk kali ini. Semoga skills menangkap gambar semakin bertambah lagi selepas ini. Happy viewing all....^^

Digital Photography

Setelah kelas fotografi tertangguh pada minggu lepas (minggu ke-3 kuliah) dek Dr Shah yang perlu menghadiri kursus, maka bermula pada minggu ini, dua kumpulan akan membentangkan topik masing-masing pada setiap minggu pembelajaran. Berdasarkan kepada topik yang telah disenaraikan, aku, mun dan kak soffia berada dalam kumpulan yang pertama. Sengaja kami memilih topik yang awal, kerana penerangannya lebih kepada pengenalan dan asas pembelajaran fotografi digital. Kami menjangkakan ini adalah lebih mudah dan after all, kami dapat menyelesaikan tugasan ini dengan lebih awal tanpa menunggu giliran pembentangan yang lebih lama.



                                



Tajuk pembentangan kami adalah Digital Photography. Dalam pembentangan ini, subtajuk yang turut tersenarai adalah:
  • Kamera digital dan kawalannya.
  • Kekuatan dan teknik
  • Modifikasi dan manipulasi visual dalam penggunaan kamera
  • Media penyimpanan (media storage devices
  
APA ITU FOTOGRAFI DIGITAL?
Fotografi digital adalah sebarang foto yang ditangkap menggunakan kemara digital. Dengan kata lain, shooting, editting, scanning, atau mencetak gambar sekalipun yang menggunakan peralatan digital dikategorikan sebagai fotografi digital.

JENIS-JENIS KAMERA DIGITAL 
Terdapat empat jenis kamera digital, iaitu:
  1. DSLR (Digital  Single Lens Reflex Cameras)
  2. Compact Digital Camera
  3. Bridge Compact Digital Camera atau turut dikenali sebagai Super Zoom Camera
  4.  Mirrorless Interchangable Lens Camera
Antara keempat-empat jenis kamera ini, kamera DSLR memiliki lebih keistimewaan dan kekuatan berbanding kamera digital yang lain. Selain itu, kamera DSLR memberikan autonomi kepada pengguna untuk mengawal kamera melalui mod manual yang disediakan.

Terdapat 2 kategori mod dial bagi kamera DSLR;


                    



 

Beberapa perbezaan antara DSLR dan SLR adalah seperti berikut:






Manakala, perbezaan antara kamera DSLR dan kamera Mirrorless pula adalah:
                     



Antara kebaikan kamera digital ialah :
  • Mesra alam
  • Mesra pengguna
  • Mempunyai fungsi merakam video
  • Membolehkan imej dilihat secara 'preview'
  • Operasi yang lebih pantas
  • Mempunyai kapasiti penyimpanan imej yang lebih besar
  • Menyah aktiviti pemprosesan filem 

Butang kawalan yang terdapat pada kamera DSLR adalah seperti berikut:


Bahagian hadapan




Bahagian belakang

TEKNIK FOTOGRAFI
Beberapa teknik fotografi adalah:
  • teknik fotografi lanskap




  • teknik fotografi potrait




  • teknik fotografi makro




  • teknik fotografi sukan


  • teknik fotografi malam