Wednesday, 3 June 2015

PEMBENTANGAN TUGASAN

Hari ini, setiap pelajar perlu membentangkan tugasan masing-masing kepada Dr Shah. 

Dan aku, tidak dapat hadir ke kelas pada hari ini. Awal pagi tadi,aku sekeluarga telah menerima berita bahawa pakcikku sebelum ini berada di wad ICU Hospital Ipoh semenjak cuti pertengahan sem yang lalu,kini telah kembali ke rahmatullah.

Innalillahi wa inna ilaihi roji'uun. Daripada ALLAH kita datang, kepada ALLAH jua kita kembali.

Bisirril Fatihah........

VISUAL TECHNOLOGY FOR DISSEMINATION

Ini merupakan minggu terakhir kuliah bagi kelas fotografi, Basically, kuliah pada hari ini menyentuh beberapa perkara seperti teknologi dan penghasilan imej bagi proses percetakan, CD-Rom serta laman sesawang.

Kami turut diterangkan akan kepentingan memilih grafik, font, saiz resolusi dan pixel imej serta warna yang sesuai bagi menghasilkan produk yang berkualiti,

Banyak yang telah diterangkan oleh Dr. Shah mengenai proses percetakan seperti akhbar2 harian dan mesin yang digunakan untuk mencetak bahan-bahan ini. Di samping itu, Dr Shah turut memberi kami peluang untuk melihat banyak hasil-hasil kerjanya dalam bidang design and printing. Dr. Shah sangat berpengalaman dan hasil kerjanya sangat mantap. Terima kasih Dr. Shah, kerana sudi berkongsi ilmu dengan kami.

MENYIAPKAN TUGASAN MASING-MASING

Seperti yang diberitahu sebelum ini, kuliah kelas visual teknologi pendidikan telahpun berakhir pada minggu lepas. Jadi, pada minggu ini kami dikehendaki menyiapkan tugasan masing-masing sambil dipantau oleh Dr. Shah sekiranya ada sebarang bantuan dan persoalan yang kami perlukan daripada beliau. Ini kerana, setiap tugasan perlu kami bentangkan pada minggu hadapan.

Tuesday, 19 May 2015

IMAGE EDITING - Teknik Masking

Semalam sampai ke pagi dok berlatih buat kaimet dengan bolamet...so pagi ni, teringin nak cuba lagi. Dulu memang buta tentang adobe photoshop. Tak reti nak edit2 imej. Sekarang ni, nak cuba dan cuba lagi...


So..pagi ni, latih edit gambar dengan teknik masking pula. 

APA ITU TEKNIK MASKING?

Pada dasarnya fungsi masking dan eraser tool adalah sama namun perbezaan yang paling ketara antara keduanya adalah teknik masking menyembunyikan gambar namun gambar asal tetap tidak terusik manakala eraser tool digunakan untuk memadamkan gambar sama sekali.

Baiklah step2 yang kita gunakan bagi edit imej dengan teknik masking kali ni adalah:

1. Open File

2. Select apa2 gambar. Contoh:

 
Gambar asal

 

3. Copy Background layer

4. Image > Adjusment > Black and white (untuk preset, ikut kebebasan masing-masing). Make sure yang aktif adalah pada layer background copy. Then gambar akan jadi seperti di bawah:


Add caption


5. Add layer mask dan make sure foreground dan background colour adalah hitam dan putih seperti ini:

Add caption

 

6. Pilih Brush tool dengan saiz yang sesuai. But aku buat selection path dulu dengan menggunakan Magnetik Lasso Tool so that bahagian yang diwarnakan tu tak terkeluar. Dah pilih, then just warnakan yang dah di batasi dengan selection path tu. Hasilnya akan jadi begini:

Add caption

Add caption

After warnakan veil, rasa macam seronok pula nak teruskan kerja-kerja mewarna ni. So aku pilih bunga pula untuk diwarnakan.


Add caption

Dah siap.....newbies macam aku ni, walaupun bab-bab edit yang kecil ni  je pun dan  memang sangat mengujakan!  Sekian...

Manipulation 2 Images

Ok..setelah berminggu-minggu belajar adobe photoshop, sebenarnya, still tak kuasai lagi macam mana nak gabungkan antara dua imej seperti Kaimet (Tembikai + Helmet = Kaimet) dan Bolamet (Bola + Helmet) seperti yang Dr.Shah tunjuk tempoh hari...

So pagi tadi....aku cuba dapatkan personal coaching dari Pn. Noraini untuk ajar bab2 edit imej. After that aku kedai komputer bersebelahan dengan Kafe Meranti untuk install Adobe Photoshop CS5.


OK...so..steps bagi menggabungkan dua imej seperti di bawah adalah:

1. File > Open > select gambar helmet





2.  Untuk trace helmet : Pen tool > click Path > dah siap trace area helmet yang dikehendaki, right click pad path> make selection

3. File > Open > select gambar bola/ tembikai. Drag gambar ini kepada gambar helmet tadi then tekan ENTER > Tekan shift untuk besarkan gambar agar muat2 pada selection path helmet yang telah kita trace tadi. Sesudah selesai, tekan ENTER semula.









4. Pergi ke PATH > right click > make selection > tekan shift + ctrl + I serentak > backspace. Kita akan nampak tembikai/bola kesemua bahagiannya telah dipadam, kecuali pada selection path pada helmet. 

Tada...........maka hasilnya akan jadi cantik seperti ini... Tq Puan Noraini..Sanggup pula melayan wassap apabila aku bertanyakan soalan setiap kali lupa step2 yang berikutnya untuk menghasilkan gambar-gambar ini. :)



Kaimet




Bolamet


Hmmm....nak lihat bagaimana kura-kura disatukan dengan landak mini?



Kura-kura

Landak mini
 Hasilnya...


Kudak!

Sekian..........

Thursday, 14 May 2015

Production of Static Visual Product

Static visual product (yang sebenarnya kita dah biasa lihat, tapi tak tahu pula bahan-bahan ini dikenali dengan istilah ini) adalah seperti:
  • Pamphlet
  • Brochure
  • Poster
  • Bunting
  • Banner
Berdasarkan presentation kali ni, baru aku tahu bahawa setiap static visual product ini ada certain2 saiz dan ciri-cirinya. Tak boleh sembarangan nak kata itu pamphlet, brochure, dan sebagainya. Jom kita lihat apa perbezaan antara kelima-lima static visual products ini.

  • Pamplet
Menurut UNESCO, sesuatu pamphlet mestilah sekurang-kurangnya mempunyai 5 halaman dan tidak melebihi 48 halaman. Boleh terdapat dalam bentuk booklet atau single page folded.

Pamphlet
  •  Brochure
Hanya sehelai kertas yang dilipat kepada beberapa lipatan. Kebiasaannya digunakan untuk mengiklankan barangan dan sebagai manual pengguna.

Brochure

Details photoshop bagi brochure dan pamphlet adalah:

Dimensi           :  11" x 8.5"
Resolusi           :  300 ppi
Colour mode   :  CMYK

  •  Poster
 Saiz poster adalah berbeza mengikut tujuannya penggunaannya. Sebagai contoh;
 8.5" x 11" : Pengiklanan.
 11" x 17"  : Pengiklanan atau pengumuman pada ruang yang terhad.
 18" x 24" & 19" x 27" : Gambar selebriti atau poster-poster yang biasa di lihat di klinik atau kedai.
 24" x 36" & 27" x 36" : Pengiklanan di bahagian luar bangunan seperti teater, kafeteria dan kedai buku.
 27" x 40" : Poster movie.


Poster


Pelbagai saiz poster


  • Bunting 
Diperbuat daripada material yang dipanggil Tarpaulin atau sintetik dan dicetak secara menegak. Saiz standard bagi bunting adalah 2" x 6". Resolusi bunting juga adalah berbeza mengikut penggunaannya, sama ada untuk digunakan di dalam atau di luar bangunan. Selain itu, terdapat beberapa jenis pendiri bunting seperti x-stand bunting, T-stand bunting dan roll-up stand bunting.


Pelbagai jenis bunting stand

  • Banner
Berbeza dengan bunting. banner pula dicetak secara melintang. Kebiasaannya banner yang ditempah adalah daripada saiz 3" x 8" sehingga 4" x 22". Terdapat beberapa jenis banner seperti frame banner set, wall banner, feather banner, fence banner, pop-up banner dan sport fan banner. Antara material yang digunakan untuk membuat banner adalah vinyl, kertas dan sesetengahnya turut menggunakan fabrik. Sesuatu banner yang baik memiliki ciri-ciri seperti berikut: Penggunaan teks yang padat dan ringkas, mudah difahami walaupun hanya menggunakan simbol, logo yang mudah dibaca, penggunaan gambar yang berkaitan, design yang berkualiti, Call to Action yang jelas serta sentiasa diuji terlebih dahulu sebelum menghantar ke kedai percetakan.


Wall banner

Event banner

Feather banner

Fence banner

Pop-up banner

Fan sport banner

Carta saiz bagi banner



Wednesday, 13 May 2015

Panoramic

Asas Adobe Photoshop : Panoramic

Panoramic ni, dengan kata lain adalah menggabungkan beberapa imej menjadi satu imej sahaja. Frame size yang terdapat pada lensa yang standard adalah lebih terhad dan kecil jika dibandingkan dengan yang dipakai oleh jurufoto profesional. Cuba bayangkan; dalam satu dewan yang luas, memang mustahil bagi kita untuk dapatkan gambar suasana yang ada, dari hujung kiri ke hujung kanan dewan dengan hanya satu snap sahaja. Sebagai alternatif, kita boleh menggunakan teknik panoramic untuk atasi masalah ini.  


Simple steps for panaromic:

File > Open > Automate > Photomerge > Browse file and select pictures  (dalam contoh tiga gambar) > Pilih layout style (terdapat pada belah kiri paparan) > ok.



Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

 Apabila tiga gambar dugabungkan, maka jadilah seperti ini............
 


Best kan? Tapi make sure..setiap hujung gambar yang diambil terdapat 20% persamaan (sebagai contoh, hujung kanan gambar pertama dengan hujung kiri gambar kedua) antara satu sama lain so that apabila digabungkan nampak real dan ada flow gabungan yang cantik.