Hari ini, setiap pelajar perlu membentangkan tugasan masing-masing kepada Dr Shah.
Dan aku, tidak dapat hadir ke kelas pada hari ini. Awal pagi tadi,aku sekeluarga telah menerima berita bahawa pakcikku sebelum ini berada di wad ICU Hospital Ipoh semenjak cuti pertengahan sem yang lalu,kini telah kembali ke rahmatullah.
Innalillahi wa inna ilaihi roji'uun. Daripada ALLAH kita datang, kepada ALLAH jua kita kembali.
Bisirril Fatihah........
Wednesday, 3 June 2015
VISUAL TECHNOLOGY FOR DISSEMINATION
Ini merupakan
minggu terakhir kuliah bagi kelas fotografi, Basically, kuliah pada hari
ini menyentuh beberapa perkara seperti teknologi dan penghasilan imej
bagi proses percetakan, CD-Rom serta laman sesawang.
Kami turut diterangkan akan kepentingan memilih grafik, font, saiz resolusi dan pixel imej serta warna yang sesuai bagi menghasilkan produk yang berkualiti,
Banyak yang telah diterangkan oleh Dr. Shah mengenai proses percetakan seperti akhbar2 harian dan mesin yang digunakan untuk mencetak bahan-bahan ini. Di samping itu, Dr Shah turut memberi kami peluang untuk melihat banyak hasil-hasil kerjanya dalam bidang design and printing. Dr. Shah sangat berpengalaman dan hasil kerjanya sangat mantap. Terima kasih Dr. Shah, kerana sudi berkongsi ilmu dengan kami.

MENYIAPKAN TUGASAN MASING-MASING
Seperti yang diberitahu sebelum ini, kuliah kelas visual teknologi pendidikan telahpun berakhir pada minggu lepas. Jadi, pada minggu ini kami dikehendaki menyiapkan tugasan masing-masing sambil dipantau oleh Dr. Shah sekiranya ada sebarang bantuan dan persoalan yang kami perlukan daripada beliau. Ini kerana, setiap tugasan perlu kami bentangkan pada minggu hadapan.
Subscribe to:
Posts (Atom)